SELANGOR

Terus tradisi salur peruntukan pada pembangkang

4 Sep 2018, 7:24 AM
Terus tradisi salur peruntukan pada pembangkang

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Kerajaan Selangor akan meneruskan tradisi pemberian peruntukan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) pembangkang, kata Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari.

Katanya, sehingga kini Selangor adalah negeri pertama yang berbuat demikian tanpa mengira latar belakang politik.

"Peruntukan diberi cukup besar iaitu kira-kira RM200,000 dan ADN pembangkang daripada Barisan Nasional tidak perlu risau kerana kita akan beri peruntukan berkenaan.

"Namun, mereka perlulah menggunakannya sebaik mungkin dan mengikut ketetapan diperuntukkan," katanya kepada media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Katanya, peruntukan itu juga akan diaudit, bukan sahaja dalam kalangan ADN pembangkang tetapi turut membabitkan ADN Pakatan Harapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.