SELANGOR

DNS: Speaker tegur bunyi telefon

4 Sep 2018, 2:53 AM
DNS: Speaker tegur bunyi telefon

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 SEPT: Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim menegur semua Ahli Dewan Negeri supaya mematikan bunyi telefon bimbit ketika sesi persidangan berlangsung.

Teguran itu dibuat ketika hari kedua Mesyuarat Kedua (Pembukaan) Penggal Pertama Persidangan DNS Ke-14 Tahun 2018, di Dewan Annex, di sini.

"Saya berharap semua ahli Yang Berhormat mematikan telefon bimbit masing-masing kerana saya dengar macam-macam bunyi dari tadi.

"Kalau boleh matikan sebentar talian telefon Yang Berhormat," katanya.

Sidang DNS yang berlangsung sejak semalam menyaksikan istiadat pembukaan dirasmikan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.