SENI

Pelakon Khalid Salleh meninggal dunia

23 Jul 2018, 7:51 AM
Pelakon Khalid Salleh meninggal dunia

KUALA LUMPUR 23 JUL: Pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh, 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Ampang Puteri, di sini hari ini.

ASTRO AWANI melaporkan perkara itu disahkan anak lelaki allahyarham, Israr Khalid ketika dihubungi.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei pada tahun 1998 menerusi filem Jogho.

Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua menerima pengiktirafan itu selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul Melayu Hilang di Dunia.

SUMBER: ASTRO AWANI

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.