SELANGOR

Projek Jalan Alternatif Shah Alam-Banting dijangka siap Disember

20 Jul 2018, 10:19 AM
Projek Jalan Alternatif Shah Alam-Banting dijangka siap Disember
Projek Jalan Alternatif Shah Alam-Banting dijangka siap Disember

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JUL: Projek Membina Jalan Alternatif Dari Shah Alam - Banting di Jalan Sungai Rasau 32/22 berlangsung mengikut jadual dan siap 79 peratus sehingga 15 Julai 2018.

Projek yang bemula pada 18 Mac 2016 dalam tempoh 33 bulan dan dijangka siap pada Disember 2018.

Kemajuan kerja kewangan pula berjalan 60 peratus walaupun mengikut jadual 63.5 peratus.

Dengan kos RM43.38 juta, projek ini melibatkan kerja naik taraf dua lorong kepada empat lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik, merangsangkan ekonomi, mengurangkan risiko kemalangan dan mengurangkan risiko banjir.

Selain itu, kerja menaiktaraf longkang, jejantas, laluan pejalan kaki, persimpangan berlampu isyarat turut dilakukan serentak.

Dalam lawatan kerja ini, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari turut melawat persekitaran projek bagi melihat kemajuan terkini sambil diiringi Pengarah JKR Selangor, Ir Roslan Abdul Aziz.

Sebelum itu, beliau mendengar taklimat ringkas disampaikan Jurutera Awam Penguasa Kanan Bahagian Jalan JKR Selangor, Ir Anita Mohamed Shafie.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.