SELANGOR

Sony EMCS mahu kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Selangor

15 Jul 2018, 6:38 AM
Sony EMCS mahu kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

BANGI, 15 JUL: Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd mahu menjalinkan hubungan lebih erat dengan Kerajaan Selangor.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Sektor Kawalan Operasi Perniagaannya, Takanori Yamamoto ketika sesi taklimat bersama Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari di ibu pejabatnya bertempat di Bandar Baru Bangi pagi tadi.

Takanori berkata, pihaknya berbangga kerana Kerajaan Selangor bersama Invest Selangor memilih Sony EMCS sebagai lokasi aktiviti berbasikal kali ini.

"Kami mahu hubungan ini lebih erat dan bersedia memberikan kerjasama bersama Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Amirudin," katanya.

Sementara itu Presiden KL TEC Sony EMCS, Yasushi Tsukada dalam ucapannya memberitahu beliau berbangga apabila Amirudin dilantik sebagai Dato' Menteri Besar yang baru di Selangor.

Amirudin turut dibawa melawat ke sekitar ibu pejabat Sony EMCS serta menanam pokok sebagai simbolik lawatan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.