MBI lancar dua aplikasi, mudahkan urusan perniagaan dan rakyat

15 Okt 2026, 8:42 AM
MBI lancar dua aplikasi, mudahkan urusan perniagaan dan rakyat
MBI lancar dua aplikasi, mudahkan urusan perniagaan dan rakyat
MBI lancar dua aplikasi, mudahkan urusan perniagaan dan rakyat
MBI lancar dua aplikasi, mudahkan urusan perniagaan dan rakyat

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI melancarkan dua aplikasi baharu, Selangor Advance 500 (SA500) dan NINE, bagi membantu kontraktor menangani masalah aliran tunai serta memudahkan urusan rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Menurut MBI, SA500 membantu kontraktor mengatasi jurang aliran tunai antara penyiapan kerja, pengeluaran invois dan penerimaan bayaran, sekali gus membolehkan kerja pembangunan diteruskan sementara menunggu pembayaran.

“SA500 merupakan peluasan program pembiayaan rantaian bekalan patuh Syariah Selangor Advance yang dikuasakan oleh CapBay.

“Ia menyasarkan kira-kira 500 syarikat dan kontraktor yang terlibat dalam projek di bawah Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Selangor,” menurut kenyataan itu.

Dato' Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan pelancaran dua aplikasi baharu, Selangor Advance 500 (SA500) dan NINE, pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Oktober 2026. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir. Foto Pejabat Dato' Menteri Besar

Sementara itu, NINE yang berfungsi sebagai aplikasi semua dalam satu atau super-app menghimpunkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan Negeri, termasuk kemudahan dompet digital, urusan dengan PBT dan akses kepada program bantuan negeri.

MBI memaklumkan NINE kini menjadi satu-satunya aplikasi rasmi Kerajaan Negeri berkuat kuasa 1 September lalu.

Aplikasi itu turut menjadi saluran rasmi bagi subsidi pengangkutan awam negeri sebanyak RM30 sebulan, yang diperluas kepada perkhidmatan KTM Komuter mulai 1 Oktober lalu.

“Dua inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk mempermudah urusan perniagaan dan rakyat, khususnya ketika keadaan global masih tidak menentu,” menurut kenyataan itu.

Pelancaran kedua-dua aplikasi berkenaan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir.

NINE yang dibangunkan oleh MBI menerusi anak syarikatnya, Selangor E-Wallet Sdn Bhd boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store serta Google Play.

Dato' Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama peserta Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) selepas merasmikan dua aplikasi baharu, Selangor Advance 500 (SA500) dan NINE, pada di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 Oktober 2026. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI, Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd Tahir. Foto Pejabat Dato' Menteri Besar

Pengguna platform CEPat pula sedang dipindahkan secara berperingkat ke NINE sejak 15 September lalu, menjelang penamatan perkhidmatan CEPat pada 31 Disember depan.

Jun lalu, EXCO Pelaburan Ng Sze Han dilaporkan berkata Kerajaan Negeri merancang menyatukan pelbagai aplikasi sedia ada ke dalam NINE, termasuk perkhidmatan pembayaran cukai taksiran, cukai tanah dan caj parkir bagi memudahkan urusan rakyat.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.