SELANGOR

Amirudin hadir Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

9 Jul 2018, 9:40 AM
Amirudin hadir Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari hadir ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri, di Pejabat Mohor Besar Raja-Raja, di Bukit Petaling, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang bakal berlangsung nanti.

Amirudin dilihat memasuki perkarangan pejabat Mohor Besar Raja-Raja Melayu kira-kira jam 2.13 petang tadi.

Turut kelihatan Menteri Besar Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Ketua Menteri Sarawak dan Melaka.

Amirudin dilihat meninggalkan tempat mesyuarat kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.