SELANGOR

MB tidak lantik wakil rundingan

29 Jun 2018, 7:34 AM
MB tidak lantik wakil rundingan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 29 JUN: Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari menegaskan pihaknya tidak pernah melantik individu atau syarikat bagi mewakili beliau dalam apa jua rundingan atau perjumpaan dengan individu, syarikat, agensi kerajaan termasuk badan swasta dan syarikat milik kerajaan negeri serta persekutuan.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor memaklumkan, segala bentuk perjumpaan atau cadangan boleh disalurkan menerusi Pejabat YAB Dato' Menteri Besar Selangor ataupun Sekretariat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

"Dato' Menteri Besar memberi ikrar terus mengemudi hala tuju pentadbiran Kerajaan Negeri dalam meneruskan kecemerlangan dan mengutamakan kebajikan rakyat dan negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pentadbiran Kerajaan Negeri akan menjadi kerajaan untuk semua rakyat Selangor dan bekerja keras memakmurkan negeri tercinta ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.