PBT

Deposit sewa dewan di Sepang naik mulai Julai

29 Jun 2018, 2:25 AM
Deposit sewa dewan di Sepang naik mulai Julai

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG, 28 JUN: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menaikkan bayaran deposit bagi penggunaan dewan serbaguna di kawasannya, berkuat kuasa Julai ini.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertuanya, Muhammad Hafiz Shaari berkata, jumlah sewaan masih kekal kecuali Dewan Pentas Budaya Bandar Baru Salak Tinggi yang perlu dibayar RM200, berkuat kuasa Ogos.

Katanya, ia adalah percuma untuk kegunaan awam sebelum ini, namun MPSepang menyemak semula keputusannya selepas menaik taraf dewan awam.

"Satu contohnya adalah Dewan Taman Gemilang di Dengkil, dengan pihak majlis membelanjakan RM200,000 untuk kerja membaik pulih.

"Peningkatan yuran adalah untuk melindungi dewan daripada kerosakan kerana sebelum ini kami terpaksa menanggung kos kerja pembaikan ekoran kerosakan pada engsel pintu, sinki dan kerusi," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.