PBT

Jom ke Shah Alam Quran Hour Sabtu ini

9 Apr 2018, 7:39 AM
Jom ke Shah Alam Quran Hour Sabtu ini

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 9 APR: Orang ramai dijemput hadir ke program Shah Alam Quran Hour yang akan diadakan, pada Sabtu ini, di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam mulai jam 8 pagi.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program ilmu itu bertujuan melahirkan masyarakat Shah Alam yang celik al-Quran.

"Ia sejajar dengan matlamat MBSA untuk mewujudkan masyarakat madani beradab, menjunjung tinggi nilai kemanusiaan dan berkeperibadian mulia, di Shah Alam.

"Melalui program ini, orang ramai yang hadir akan diperdengarkan bacaan al-Quran oleh wakil agensi dan jabatan serta penceramah jemputan Ustaz Zul Ramli M Razali.

"Antara surah yang akan diperdengarkan adalah Al-Fatihah, Al-Baqarah dan Al-Hujurat," katanya.

Program itu juga mendapat kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, agensi, pejabat kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.