SELANGOR

Polisi Rumah Selangorku 2.0 pastikan harga terkawal

28 Mac 2018, 5:18 AM
Polisi Rumah Selangorku 2.0 pastikan harga terkawal

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerajaan Negeri memperkenalkan polisi Rumah Selangorku 2.0 yang dibina perlu mengikut spesifikasi ditetapkan dengan lebih terperinci bagi memastikan harganya terkawal,

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu disyaratkan kepada pemaju bagi rumah Selangorku sentiasa berada di bawah harga RM250,000.

"Melalui polisi baru ini, kita turunkan had harga rumah kepada RM220,000, kalau dulu RM250,000, untuk pemaju yang bangunkan lebih 10 ekar.

"Sebelum ini ada pemaju yang ingin jimatkan kos dengan bina rumah tidak mengikut spesifikasi yang sesuai, jadi dengan polisi baru ini pemaju perlu bina rumah yang menyediakan persekitaran yang selesa kepada penduduk yang membelinya,” katanya.

Iskandar berkata, antara spesifikasi ditetapkan adalah daripada segi pembinaan tandas dan bumbung yang perlu menggunakan bahan binaan sesuai.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menetapkan syarat pemaju diwajibkan membina antara 20 hingga 40 peratus projek perumahan berada dalam harga RM42,000 hingga RM200,000.

"Kita tidak mengawal rumah harga bebas seperti Kerajaan Persekutuan, tetapi kita sentiasa memastikan sebahagian rumah yang dibina berada dalam harga RM42,000 hingga RM200,000," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.