PBT

240 peserta meriahkan kejohanan memanah MPAJ

15 Mac 2018, 4:11 AM
240 peserta meriahkan kejohanan memanah MPAJ

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 15 MAC: Seramai 240 peserta menyertai Kejohanan Memanah Tradisional dan Barebow Piala YDP MPAJ 2018, sebagai galakan memenuhi masa lapang, di Padang Perbandaran MPAJ, baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd Hamid Hussain berkata, aktiviti dengan kerjasama Archers Studio itu juga sebagai salah satu usaha memerangi masalah sosial, di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

"Objektif kejohanan ini untuk mempromosikan kejohanan memanah kepada masyarakat Ampang Jaya dan seluruh Selangor.

"Aktiviti ini kian mendapat tempat dalam kalangan orang ramai selain merupakan salah satu amalan sunnah yang amat digalakkan Rasulullah S.A.W.," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Abd Hamid berkata, program itu dijadikan landasan bagi pemanah, di Selangor mengasah bakat sebelum ke peringkat lebih tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.