IPOH, 27 OKT: Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.
KLANG, 25 OKT: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warganegara tempatan dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang warganegara asing di sekitar Sepang baru-baru ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
KUANTAN, 25 OKT:Seorang pesara mengalami kerugian lebih RM478,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial.
KOTA BHARU, 25 OKT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan 300,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM330,000 dekat pengkalan haram Pos Rela, Pasir Mas semalam.
IPOH, 24 OKT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian langgar lari membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Taman Bintang, Pantai Remis petang semalam.
ALOR SETAR, 23 OKT: Badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang pernah ditipu seorang pelajar lelaki sebuah universiti awam di Kedah, diminta untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.
MELAKA, 23 OKT: Seorang lelaki dikenali dengan panggilan ‘Cicak’ ditahan kerana disyaki terlibat dalam 22 jenayah pecah rumah di sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak awal tahun ini.
SHAH ALAM, 22 OKT: Tidak puas hati dengan layanan diterima di sebuah kedai emas dipercayai menjadi punca insiden seorang lelaki cuba membawa anjing memasuki kompleks beli-belah di Seksyen 14, di sini pada 17 Okt lepas.
SEPANG, 22 OKT: Polis sedang mengesan sekumpulan warga asing dipercayai melakukan samun bersenjata di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi pada 6 dan 20 Okt lepas.
JERANTUT, 21 OKT: Polis sudah mengenal pasti empat lelaki bagi membantu siasatan kes anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang mendakwa dikurung di penempatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Batu Hampar, Perak.
GEORGE TOWN, 21 OKT: Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket along atau pemberi pinjaman wang tanpa lesen yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri selepas menahan empat lelaki tempatan dalam siri serbuan di negeri itu, Kedah, dan Perak pada 17 Okt lepas.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.
KUALA LUMPUR, 18 OKT: Polis menahan enam rakyat tempatan disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan “Kakaue" melibatkan nilai kerugian RM18 juta melalui beberapa serbuan di Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Johor.
NILAI, 17 OKT: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah kereta yang sedang berhenti di lorong kecemasan di kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.
KUALA TERENGGANU, 15 OKT: Seorang peniaga mengalami kerugian RM500,000 selepas ditipu pelaburan berkaitan pembangunan resort yang tidak wujud.
IPOH, 14 OKT: Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Jalan Slim Lama, Tanjung Malim awal pagi tadi.
IPOH, 14 OKT: Polis menahan lima lelaki dan merampas pelbagai dadah dianggar seberat 21.87 kilogram dalam serbuan di sebuah rumah di Chui Chak, Langkap dekat Teluk Intan, Khamis lepas.
SHAH ALAM, 11 OKT: Polis menahan seorang wanita warga asing yang disyaki bertindak menghalang lalu lintas dan berkelakuan tidak senonoh di Setia Alam dekat sini dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Siasatan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sejak serbuan ke atas 20 rumah amal dikaitkan dengan syarikat berkenaan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 11 Sept lepas, kini memasuki sebulan.
KUALA LUMPUR, 10 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menjalankan siasatan terhadap aset GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di luar negara selepas mengenal pasti 23 harta milik syarikat itu di 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.