ad
AGENDA

Bas ekspres terbabas, 19 penumpang selamat

1 Jun 2025, 9:52 PM
Bas ekspres terbabas, 19 penumpang selamat

GUA MUSANG, 1 JUN: Sebanyak 19 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas dinaiki mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang memandu dalam keadaan laju.

Beliau berkata bas terbabit dalam perjalanan dari Rantau Panjang menuju ke Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan awal mendapati pemandu berusia 57 tahun itu hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan. Tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang telah dipindahkan ke bas gantian bagi meneruskan perjalanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kamera papan pemuka bas terbabit telah dirampas bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59).

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.