KOTA BHARU, 6 NOV: Dua bekas banduan yang dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 20 kes rompakan kedai serbaneka di negeri ini berjaya ditahan di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, Jumaat lepas.
JOHOR BAHRU, 6 NOV: Polis sedang mengesan pemandu lori yang tular memandu melawan arus di KM 14 Lebuhraya Pasir Gudang sehingga menyebabkan kemalangan pada awal pagi Isnin lepas.
BALIK PULAU, 6 NOV: Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.
SHAH ALAM, 6 NOV: Penuntut atau warga universiti diseru melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan ajaran menyeleweng disebar atau diamalkan di kampus.
KUANTAN, 5 NOV: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM274,000 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai insurans dan pegawai polis.
IPOH, 5 NOV: Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang didakwa menyebabkan kematian seorang pelajar sekolah telah melanggar mangsa pada had laju tinggi tanpa sebarang tindakan evasif, pada 15 Dis tahun lepas.
KUALA LUMPUR, 5 NOV: Tindakan agresif seorang pemandu lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat serta menendang dinding kaunter tol di Plaza Tol Batu 9 di sini, mengundang padah apabila dia ditahan polis petang semalam di sebuah kawasan taman perumahan di Hulu Langat.
JEMPOL, 4 NOV: Seorang guru mengalami kerugian RM80,111 selepas diperdaya sindiket penipuan pekerjaan sambilan tidak wujud di sebuah laman sosial baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 4 NOV: Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.
KUALA LANGAT, 4 NOV: Polis Selangor memantau rapat kawasan Sungai Buloh, Kuala Selangor dan Ampang berikutan lambakan warga asing di kawasan itu yang mencetuskan kekhuatiran dalam kalangan penduduk.
LAHAD DATU, 4 NOV: Isteri mangsa antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di sebuah simpang di Batu 3, Jalan POIC di sini, Khamis lepas.
KUALA LUMPUR, 3 NOV: Polis merakam keterangan 16 individu setakat ini dalam siasatan kes buli dan dera seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
JOHOR BAHRU, 2 NOV: Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM500,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud.
KUANTAN, 31 OKT: Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
REMBAU, 31 OKT: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau malam tadi.
KOTA BHARU, 30 OKT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas selipar dan kasut pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM55,100 yang disyaki diseludup dari Thailand dalam satu operasi di pengkalan haram Pok Dir, Pasir Mas semalam.
KUALA LUMPUR, 29 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.
SIBU, 29 OKT: Polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berhubung kes penemuan seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di dalam besen sampah di depan sebuah premis perniagaan di Jalan Tong Sang hari ini.
JASIN, 29 OKT: Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM82,175 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook, sejak Julai lepas.
IPOH, 27 OKT: Polis sedang menjalankan sisatan berhubung satu perhimpunan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Menara Condong Teluk Intan semalam, kata Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.