ad
AGENDA

Polis: Mayat warga emas ditemukan dalam rumah, tiada unsur jenayah

15 Jun 2025, 1:17 PM
Polis: Mayat warga emas ditemukan dalam rumah, tiada unsur jenayah

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Kematian seorang wanita warga emas yang ditemukan di rumahnya di Pandan Indah di sini pada Jumaat lepas, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail.

Beliau berkata bedah siasat terhadap wanita berusia 76 tahun itu dilakukan di Hospital Kuala Lumpur, petang semalam.

“Bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan punca kematian masih dalam siasatan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Mayat wanita itu ditemukan di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan Indah pada 6.30 petang, Jumaat lepas susulan aduan orang ramai berhubung bau busuk dari rumah itu.

– BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.