KOTA BHARU, 18 JUN: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat sini hari ini.
SEREMBAN, 18 JUN: Polis sedang memburu lima daripada enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Jelebu dekat sini yang melarikan diri dari pusat terbabit, awal pagi semalam.
JOHOR BAHRU, 17 JUN: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun mengalami kerugian lebih RM1.7 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham yang dijalankan menerusi aplikasi WhatsApp.
MARAN, 16 JUN: Sebanyak 59 daripada 492 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenakan tindakan tatatertib telah dibuang kerja dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
KUALA LUMPUR, 16 JUN: Seorang pekerja sebuah kedai mencuci kereta parah selepas kenderaan pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama petang tadi.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Polis sedang mengenal pasti dalang atau agensi tempatan yang bertanggungjawab dalam kes penipuan pakej haji melibatkan sekumpulan jemaah warga emas yang mendakwa dikurung dan diarahkan melalui laluan berbahaya di Arab Saudi untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
KUALA LUMPUR, 15 JUN: Kematian seorang wanita warga emas yang ditemukan di rumahnya di Pandan Indah di sini pada Jumaat lepas, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail.
IPOH, 13 JUN: Polis telah membuka kertas siasatan susulan tindakan seorang guru yang dipercayai membuat hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lepas.
KUALA LUMPUR, 12 JUN: Polis menemukan peranti bahan letupan buatan sendiri (IED) dan pelbagai jenis dadah di dalam sebuah kereta yang terbalik selepas dikejar sejauh kira-kira 25 kilometer (km) apabila cuba melarikan daripada pemeriksaan polis awal pagi tadi.
KUALA TERENGGANU, 11 JUN: Seorang lelaki dan dua wanita kerugian keseluruhan sebanyak RM88,141.50 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah tidak wujud.
IPOH, 11 JUN: Polis menemukan dadah seberat 123.2 kilogram (kg) bernilai RM4, 667, 850 dalam sebuah kereta utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Loji Taman Pulai Savana, Gerik pada 6 Jun lepas.
CHUKAI, 10 JUN: Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM193,000 apabila menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian.
IPOH, 10 JUN: Polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengorban nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam bagi membantu siasatan, apabila pemandu itu dibenarkan keluar dari hospital nanti.
JOHOR BAHRU, 9 JUN: Seorang lelaki warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan kes pertengkaran dengan seorang individu dan perbuatan khianat terhadap sebuah kereta di Taman Tun Aminah, Skudai semalam.
KLANG, 7 JUN: Semua mangsa yang terlibat dalam insiden bot terbalik di perairan Tanjung Harapan di sini semalam dipercayai tidak memakai jaket keselamatan.
KUALA LUMPUR, 6 JUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Lancar bermula pada hari ini hingga Isnin (9 Jun) bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin dan aliran trafik lancar sepanjang cuti Aidiladha yang akan disambut esok.
SHAH ALAM, 5 JUN: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan yang disyaki terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya maut dalam kejadian di jalan utama Seri Cheeding, Kuala Langat, pagi tadi.
SERDANG, 5 JUN: Polis Serdang melupuskan pelbagai barang kes bernilai RM5.6 juta yang melibatkan mesin bitcoin, minuman keras dan rokok seludup, hasil rampasan daripada 173 kertas siasatan yang diselesaikan antara 2020 hingga Mei lepas.
GEORGE TOWN, 4 JUN: Polis giat mengesan suspek mencuri kabel milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang melarikan diri selepas pikap dipandunya terbabas ke dalam parit setelah dikejar sejauh lebih 50 kilometer, awal pagi tadi.
ALOR GAJAH, 2 JUN: Seorang pesara polis cedera di kepala selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.