Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), memperkenalkan varieti padi baharu MR 333 dikenali sebagai Menora, bagi memperkukuh daya saing sektor padi dan beras negara.
BAGAN SERAI, 3 JUN: Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi projek naik taraf kemudahan infra bagi meminimumkan kesan kemarau yang mampu menjejaskan pengeluaran padi di beberapa kawasan utama di seluruh Malaysia.
SABAK BERNAM, 3 MEI: Pesawah di negeri ini bakal diperkenal dengan penggunaan baja premium 5 menggunakan teknologi maju dan lestari bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi.
SABAK BERNAM, 3 MEI: Kerajaan Selangor mempertimbang untuk memberi insentif tambahan kepada pesawah yang menunjukkan peningkatan hasil padi melebihi tujuh tan.
SHAH ALAM, 13 FEB: Pelarasan semula harga lantai belian padi pada kadar RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini mampu mengimbangi beban kos operasi yang ditanggung pesawah.
KUALA LUMPUR, 6 FEB: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan kerajaan meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] bagi membolehkan tindakan undang-undang dikenakan terhadap perbuatan mencampurkan Beras Putih Tempatan (BPT) dengan Beras Putih Import (BPI).
SHAH ALAM, 28 JAN: Kerajaan Selangor akan mengatur pertemuan dengan pesawah dalam tempoh terdekat untuk menerangkan langkah meningkatkan hasil pengeluaran padi di negeri ini.
JERLUN, 19 DIS: Sebanyak 44,139 orang pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) akan menerima Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) Fasa 2 membabitkan peruntukan berjumlah lebih RM26.48 juta.
KUALA LUMPUR, 16 DIS: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.
SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri menyarankan pesawah di Selangor mendaftar Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank.
SABAK BERNAM, 23 JULAI: Kerajaan Negeri bercadang menambah jentera menuai (jentuai) mini bagi membantu pesawah berdepan kehilangan hasil tuaian yang banyak.
PUTRAJAYA, 11 JUN: Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif penuaian.
KUALA SELANGOR, 6 APRIL: Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula harga siling beras putih tempatan bagi meningkatkan kualiti hidup pesawah, kata EXCO Kerajaan Tempatan.
KOTA BHARU, 1 FEB: Petani di Bendang Tok Ajam, Pasir Puteh, di sini mula mengaplikasikan amalan SMART Sawah Padi Berskala Besar (SMART SBB) ala Sekinchan bagi meningkatkan pengeluaran padi.
TANJONG KARANG, 13 OKT: Seorang pesawah di Sawah Sempadan di sini berputih mata selepas petak sawah berkeluasan 1.2 hektar miliknya musnah akibat ribut baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Pesawah masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
SHAH ALAM, 27 JULAI: Kerajaan Negeri membelanja RM8.9 juta kepada lebih 9,000 pesawah sepanjang tahun ini.
Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR SHAH ALAM, 19 JULAI: Bantuan disalur Kerajaan Selangor dan Persekutan meringankan beban pesawah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang ketika hasil padi tidak menentu ketika ini. Penyandang kerusi DUN berkata selain pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri,...
Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR SHAH ALAM, 17 JULAI: Seramai 2,500 pesawah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong yang terjejas susulan kemerosotan hasil pengeluaran menerima insentif RM500 daripada Kerajaan Negeri. Penyandang kerusi DUN Sungai Burong berkata menerusi insentif bawah Iltizam...
KULIM, 15 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi membantu melicinkan program yang dirangka agensi itu dalam usaha membantu Sahabat Usahawan di seluruh negara.
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.