Belanjawan 2027: Bantuan pesawah RM2.62 bilion, subsidi sekitar RM4,300 sehektar

9 Okt 2026, 9:18 AM
Belanjawan 2027: Bantuan pesawah RM2.62 bilion, subsidi sekitar RM4,300 sehektar

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan menyediakan bantuan untuk pesawah sebanyak RM2.62 bilion, dengan setiap hektar sawah akan menikmati sekitar RM4,300 meliputi subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar insentif penuaian padi juga ditingkatkan kepada RM100 sehektar semusim berbanding RM50 sebelum ini.

“Kadar insentif pembajakan yang telah ditingkatkan kepada RM300, akan dikekalkan dan diperluas kepada pesawah Sabah dan Sarawak.

“Bagi memulih dan menyubur semula tanah sawah padi, RM20 juta disediakan untuk membekalkan baja foliar di lebih 10,000 hektar tanah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM2.62 bilion untuk pesawah sekali gus menjadikan subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah.

Anwar dilapor berkata, peruntukan itu merangkumi pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih serta insentif pengeluaran padi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.