PETALING JAYA, 1 DIS: Tujuh lelaki masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana berhimpun secara salah dan merosakkan sebuah kereta di parkir Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam insiden pergaduhan, sebelum aksi Liga Super antara Selangor FC dan Perak FC, Sabtu lepas.