KUALA LUMPUR, 6 SEPT: Menghidap kanser otak bukan jadi alasan untuk berhenti belajar sebaliknya menguatkan lagi semangat Muhammad Ammar Azman, 22, sehingga memperoleh geran di bawah Program Pendidikan Anak-Anak Kakitangan Yayasan Sime Darby (YSD) bagi melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Selangor (Unisel).