PUTRAJAYA, 26 OKT: Malaysia mengecam serangan rejim Zionis Israel ke atas negara berdaulat Iran, terutamanya di Tehran, Karaj, Kashan, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi hari ini.
PETALING JAYA, 26 OKT: Pengurusan aliran air dalam perancangan pembangunan bandar lestari perlu dijadikan antara keutamaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan berlakunya risiko banjir kilat terutama di kawasan bandar yang berpenduduk pesat.
SHAH ALAM, 26 OKT: Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
KLANG, 25 OCT: Penghulu, ketua kampung dan penggawa perlu bersikap fleksibel serta tangkas dalam menyesuaikan diri dengan perubahan susulan perkembangan pesat kemajuan teknologi masa kini.
IPOH, 25 OKT: Seorang pelancong warga Jepun yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di KM230.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Taiping tengah hari semalam disahkan meninggal dunia.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.
SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan cuaca panas yang melanda beberapa kawasan sudah reda dengan hujan di kebanyakan tempat hari ini.
KUALA TERENGGANU, 25 OKT: Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), yang meletakkan bayi yang baru dilahirkannya ke dalam kotak bijirin sejurus selepas dilahirkan pada Mac tahun ini dan menyembunyikan kotak itu di dalam beg pakaian, disabitkan dengan kesalahan membunuh.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Lebih separuh daripada 422 syor penambahbaikan sistem dan prosedur yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pelbagai agensi berjaya dilaksanakan dengan baik.
KOTA BHARU, 25 OKT: Tiga lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Jalan Gua Musang-Lojing, hari ini.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas akibat taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan mengakibatkan ratusan penduduk di Filipina dipindahkan.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Pemilihan sebagai antara negara rakan dalam BRICS membuka peluang untuk Malaysia meningkatkan perdagangan dan hubungan dua hala dengan kalangan negara anggota blok itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata program sambutan dua tahun kerajaan Madani bakal diadakan selama tiga hari bermula 22 November ini, di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur.
JOHOR BAHRU, 25 OKT: Pelaksanaan Projek Lebuh Raya West Coast Expressway (WCE) dari Banting, Selangor ke Gelang Patah, Johor bakal menyokong pertumbuhan ekonomi negeri ini khususnya di kawasan Zon Perdagangan Bebas (FCZ).
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tampil menyumbang barangan keperluan bernilai lebih RM75,000 dalam usaha menyokong Misi Civil-Military Coordination (CIMIC) oleh Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 di Lubnan ketika ini.
PUTRAJAYA, 25 OKT: Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara Asean dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang.
SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda enam daerah di Selangor sehingga 2 petang.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.