SHAH ALAM, 18 NOV: Intipati Belanjawan Selangor 2025 yang dibentang Jumaat lalu membuktikan pentadbiran kini berada dalam kedudukan selesa sekali gus mampu merancang banyak pembangunan demi manfaat rakyat.
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara adalah tertakluk dan dilindungi di bawah undang-undang buruh serta undang-undang hak asasi manusia termasuk pemerdagangan orang di negara berkenaan, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
SHAH ALAM, 18 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang sehingga 7 malam ini.
SHAH ALAM, 18 NOV: Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) yang julung kali dianjurkan Kerajaan Negeri pada 27 November hingga 1 Disember di Pusat Konvensyen Setia Alam dijangka menarik lebih 150,000 pengunjung. Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penganjuran sidang...
SHAH ALAM, 18 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melaksanakan kaedah sukarela dan perintah mahkamah bagi memulihkan akidah ahli GISB Holdings (GISBH) yang ditahan.
Daripada Saraswathi Muniappan RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 NOV: Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim memohon semua rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik dilaksanakan kerajaan. "Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan mantap dan akan...
SHAH ALAM, 18 NOV: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi kerangka pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun sehingga 2025 mencapai tahap hampir 60 peratus setakat September.
RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 NOV: Tanggapan lapuk bahawa pelajar perlu bergantung sepenuhnya kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk pendidikan semakin tidak relevan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
JERTIH, 18 NOV: Seorang wanita maut manakala lima individu lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja dekat Kampung Beting Lintang, di sini petang semalam.
RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa industri elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor Malaysia dan Brazil untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan meningkatkan kerjasama berikutan Selatan Global memainkan peranan penting.
RIO DE JANEIRO (Brazil), 18 NOV: Malaysia dan Brazil menekankan keperluan mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan berkekalan terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza serta menuntut Israel agar memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Wilayah Palestin yang diduduki dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
KUALA LUMPUR, 18 NOV: Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan membincangkan mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan nilai dan budaya setempat tidak terabai memandangkan sehingga kini tiada sebarang mekanisme kawalan kecerdasan buatan (AI) yang digubal.
IPOH, 17 NOV: Seorang wanita berusia 20 tahun dikhuatiri lemas manakala ibunya yang berusia 48 tahun terselamat ketika mandi di sungai bersama ahli keluarga dalam kejadian di Sungai Air Berok, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai Gerik petang tadi.
KOTA BHARU, 17 NOV: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Tasek Bakong, Pasir Mas dekat sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan dan komitmen untuk melindungi pemberi maklumat mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Tiga individu termasuk seorang wanita cedera ringan selepas sebuah lori lima tan melanggar 11 buah kereta termasuk kenderaan mereka dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini hari ini.
RIO DE JANEIRO (Brazil), 17 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva di sini, Ahad.
Oleh UFAIRAH TARMIDZI SHAH ALAM, 17 NOV: Hasrat untuk menubuhkan dua lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) membuktikan Kerajaan Negeri sedia mendepani cabaran negara menua menjelang 2030. Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Putra Business School (PBS) berkata ia perlu...
SHAH ALAM, 17 NOV: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat tempat esok.
KOTA BHARU, 17 NOV: Pengeluaran minyak dan gas di Semenanjung Malaysia kini semakin berkurangan, namun penemuan baharu sumber berkenaan kini banyak terdapat di negeri Sabah dan Sarawak, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.