Amaran cuaca buruk lima negeri termasuk Selangor hingga 4 petang

26 Ogos 2025, 6:13 AM
Amaran cuaca buruk lima negeri termasuk Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 26 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, cuaca sama dijangka berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.