KUALA LUMPUR, 2 FEB: Ketua polis daerah diminta memantau aktiviti pegawai dan anggota polis di peringkat bawah serta pentadbiran masing-masing, jika ada antara mereka hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KUALA LUMPUR, 2 FEB: Seramai 5,791 individu termasuk tiga pelajar ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan dadah dalam Operasi Tapis Khas sepanjang tiga hari bermula Isnin lalu di seluruh negara.
IPOH, 1 FEB: Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Teluk Intan ditahan, kerana disyaki mencabul kehormatan seorang murid tahun satu di hadapan sebuah kelas, dalam satu kejadian di sekolah tersebut.
KUALA LUMPUR, 1 FEB: Tiga lelaki tempatan ditahan polis semalam di sekitar Kajang, bagi membantu siasatan kes melibatkan mengurung dan menyamun seorang wartawan lelaki warga China, hujung tahun lepas.
KUCHING, 1 FEB: Seorang penjawat awam lelaki di Miri, bahagian utara Sarawak, kerugian RM12,000 akibat terpedaya dengan sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi laman sosial Instagram.
IPOH, 1 FEB: Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan bagi menyambung reman tiga anggota polis trafik yang disyaki meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK), untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands, baru-baru ini.
JOHOR BAHRU, 1 FEB: Dua beradik maut, dua lagi parah termasuk kanak-kanak lelaki lima tahun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi ke Penawar berhampiran Felda Air Tawar 3, dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
SEREMBAN, 1 FEB Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun pada November lepas.
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor petang tadi.
KUCHING, 31 JAN: Seorang wanita warga emas berusia awal 70-an berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM800,000 akibat terpedaya dengan pulangan pelaburan mata wang digital kripto tidak wujud di media sosial yang menjanjikan keuntungan USD5 juta (RM23.65 juta).
KUALA LUMPUR, 31 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan elemen penipuan yang menggunakan modus operandi menghantar mesej waran tangkap palsu kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.
JOHOR BAHRU, 31 JAN: Memberikan alasan mengutip derma untuk membiayai sekolah tahfiz dan institusi keagamaan, pengemis warga asing mampu meraih "pendapatan" mencecah RM10,000 sebulan.
MELAKA, 31 JAN: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini kerana menyimbah anak lelakinya dengan air panas selepas berang mangsa menghabiskan data Internet telefon bimbit, dua tahun lepas.
PUTRAJAYA, 31 JAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan seorang wanita Tanzania berusia 25 tahun dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia, selepas menyerbu sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur, dua hari lepas.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, selepas menahan tiga lelaki tempatan dan 13 kru kapal warga asing di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor pada Khamis lepas.
IPOH, 30 JAN: Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.
PASIR MAS, 30 JAN: Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Ahad lepas.
SEPANG, 30 JAN: Sepasang suami isteri antara tiga individu ditahan selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 36.53 kilogram (kg) bernilai RM1.2 juta ke Miri, Sarawak.
KUALA LUMPUR, 30 JAN: Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lepas.
KLANG, 29 JAN: Polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan mempromosi video seks melibatkan lebih 20 wanita, melalui media sosial.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.