ad
AGENDA

Remaja perempuan hilang dipercayai lari dari rumah perlindungan

2 Mac 2025, 12:37 PM
Remaja perempuan hilang dipercayai lari dari rumah perlindungan

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari sebuah rumah perlindungan di Petaling Jaya, dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Thavamalar pada 5.13 petang semalam.

"Remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di Jalan 12/6 Seksyen 12 Petaling Jaya pada 7.05 malam 28 Februari dan mempunyai ketinggian 159 sentimeter, berambut panjang serta berbadan kurus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di 03-79662222.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.