AGENDA

Penolong pengurus bank rugi lebih RM28,000 terperdaya pinjaman wang tidak wujud

3 Mac 2025, 3:45 AM
Penolong pengurus bank rugi lebih RM28,000 terperdaya pinjaman wang tidak wujud

JEMPOL, 3 MAC: Seorang penolong pengurus sebuah bank kerugian RM28,112 selepas terperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud diiklankan di Facebook pada 12 Februari.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata lelaki berusia 55 tahun itu telah berurusan dengan seorang ejen melalui WhatsApp untuk meminjam RM30,000 dan diminta membayar RM460 sebagai caj proses.

Kelulusan pinjaman dikatakan hanya mengambil masa tiga hari.

“Pada 26 Feb, pengadu membuat bayaran secara dalam talian ke akaun bank diberikan suspek sebelum diminta membuat beberapa lagi pembayaran sehingga berjumlah RM28,112.

“Suspek meminta bayaran tambahan RM6,000 menyebabkan pengadu merasa curiga dan membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.