PUTRAJAYA, 24 SEPT: Seramai 280 pelajar Malaysia di Pekanbaru dan Jambi, Indonesia akan dipindahkan ekoran pengumuman darurat di Riau akibat jerebu, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
SEMARANG, 21 SEPT: Malaysia berharap Indonesia dapat menangani masalah kebakaran hutan dan ladang dengan segera kerana kesan jerebu akibat kebakaran itu turut menjejaskan Malaysia dan Singapura.
NEW YORK, 21 SEPT: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kini "mengikuti dengan amat rapat" arahan untuk mengusir dua diplomat Cuba ke misi badan dunia itu dari Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan seorang jurucakap PBB pada Jumaat.
SEOUL, 17 SEPT: Seoul menjadi semakin kecil dan berusia dari segi populasi sekali gus mungkin tidak lagi menjadi sebuah bandaraya mega dengan lebih 10 juta penduduk, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik kenyataan kerajaan ibu kota itu pada Selasa.
PUTRAJAYA, 18 SEPT: Jabatan Imigresen Malaysia dan China akan bekerjasama bagi mencari penyelesaian terhadap isu warga China yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 di negara ini.
WASHINGTON, 17 SEPT: Presiden Amerika Syarikat, (AS) Donald Trump berpendapat sekarang bukan masa tepat untuk berkunjung ke Pyongyang selepas sebuah akhbar melaporkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengundang beliau untuk menghadiri acara yang mungkin menjadi sidang kemuncak ketiga mereka, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
JAKARTA, 17 SEPT: Aktivis alam sekitar Indonesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius menangani kebakaran, sehingga berlaku jerebu teruk dan menjejaskan keselamatan awam.
KUALA LUMPUR, 16 SEPT: Pelajar Malaysia berpeluang menyertai Advanced Space Academy di Space Camp di Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat, pada musim panas 2020, kata Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.
RIYADH, 15 SEPT: Kumpulan Houthi di Yemen yang pro Iran mengaku melakukan dua serangan ke atas loji minyak Arab Saudi pada Sabtu lalu, sekali gus melumpuhkan separuh pengeluaran minyak negara itu..
SINGAPURA, 14 SEPT: Kualiti udara di Singapura memasuki tahap “Tidak Sihat” dengan bacaan Pollutant Standard Index (PSI) 24-jam mencecah 106 di bahagian barat Pulau Kota Raya ini hari ini.
TRENTON, 14 SEPT: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Jumaat berkata, dia bersedia untuk campur tangan dalam isu larangan baharu Quebec berhubung pemakaian simbol keagamaan jika tindakan perundangan ketika ini di mahkamah bagi mencabar perkara itu gagal memansuhkannya, lapor agensi berita Turki Anadolu.
SHAH ALAM: Beijing, ibu negara China bakal dikeluarkan daripada senarai 200 bandar paling tercemar di seluruh dunia pada tahun ini.
JEDDAH, 12 SEPT: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam waktu terdekat untuk membincangkan mengenai kenyataan Perdana Menteri Israel yang mahu memberi kedaulatan kepada Lembah Jordan, lapor agensi berita Anadolu.
JAKARTA, 11 SEPT: Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
WASHINGTON, 10 SEPT: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin lalu berkata, rundingan damai dengan Taliban "sudah terkubur" selepas beliau membatalkan satu sidang kemuncak yang dirancang di luar ibu kota negara itu sebagai tindakan balas terhadap satu serangan kumpulan itu yang menyebabkan 12 orang terbunuh, termasuk seorang anggota tentera AS, lapor agensi berita Turki Anadolu.
NEW DELHI, 9 SEPT: Kapal angkasa India terhempas di permukaan bulan tetapi tidak berkecai, kata agensi angkasa lepas negara itu pada Isnin.
JAKARTA, 9 SEPT: Bekas presiden ke-3 Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie, kini dirawat secara intensif di Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.
PUTRAJAYA, 7 SEPT: Perniagaan projek tenaga Rusia, Vershina Development LLC sedang meninjau peluang berpotensi dalam tenaga boleh baharu di Malaysia khususnya di Perlis.
SEOUL, 7 SEPT: Korea Selatan bersiap siaga ekoran Taufan Lingling diramal membadai negara itu hari ini disusuli hujan lebat serta angin kencang, lapor agensi berita Yonhap.
NEW DELHI, 7 SEPT: Misi ke bulan India berakhir dengan kekecewaan selepas kapal angkasa yang sepatutnya mendarat di bulan terputus hubungan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.