AGENDA

Enam vaksin percubaan Covid-19, tiga dari China masuki fasa ketiga

7 Ogos 2020, 2:53 AM
Enam vaksin percubaan Covid-19, tiga dari China masuki fasa ketiga

GENEVA, 7 OGOS: Enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk tiga dari China, kini memasuki percubaan fasa ketiga, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

Tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing, kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO Michael Ryan pada taklimat maya.

Tiga lagi vaksin dihasilkan Universiti Oxford/AstraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/ Pharma Pharma/Pfizer, tambah beliau.

Pada fasa ketiga, buat pertama kalinya, vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum, sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, keimunogenan dan tindak balas imun pada sebilangan kecil manusia.

Ujian fasa ketiga akan menguji sama ada vaksin dapat "melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang."

Namun, "tidak bermaksud fasa ketiga ini vaksin sudah hampir tersedia," katanya kerana "tiada jaminan mana-mana daripada enam vaksin percubaan itu akan memberi kita jawapan."

Secara keseluruhan, 165 vaksin percubaan sudah melalui beberapa ujian dan 26 daripadanya ujian klinikal, menurut WHO.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.