ad
AGENDA

Lubnan tahan 16 pekerja pelabuhan Beirut, bantu siasatan tragedi letupan

7 Ogos 2020, 3:50 AM
Lubnan tahan 16 pekerja pelabuhan Beirut, bantu siasatan tragedi letupan
Lubnan tahan 16 pekerja pelabuhan Beirut, bantu siasatan tragedi letupan

BEIRUT, 7 OGOS: Pihak berkuasa Lubnan menahan 16 pekerja Pelabuhan Beirut, susulan kejadian letupan besar yang membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dan hampir 5,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Khamis.

Kenyataan mahkamah tentera yang disiarkan Agensi Berita Nasional (NNA) menyebut pekerja berkenaan ditahan sebagai sebahagian siasatan yang dijalankan sejak kejadian letupan berlaku pada Selasa.

[caption id="attachment_428972" align="aligncenter" width="676"] Asap tebal memenuhi ruang di kawasan kejadian letupan di Beirut, Lubnan pada 4 Ogos 2020. Foto REUTERS[/caption]

Selain itu, keterangan turut diambil daripada 18 pekerja termasuk pegawai lembaga eksekutif pelabuhan, pihak berkuasa kastam, kakitangan penyelenggaraan dan pekerja di gudang No.12 bagi membantu siasatan.

Puluhan lagi mangsa masih hilang dalam kejadian itu.

Menurut kerajaan letupan itu perpunca daripada amonium nitrat yang disimpan di gudang di pelabuhan Beirut, siasatan masih berjalan dan hasilnya akan diumum dalam masa lima hari.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.