AGENDA

Lebih 500 banduan di penjara AS didapati positif Covid-19

6 Ogos 2020, 8:30 AM
Lebih 500 banduan di penjara AS didapati positif Covid-19

LOS ANGELES, 6 OGOS: Lebih 500 banduan - hampir separuh daripada penghuni - sebuah penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS) diuji positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai penjara.

Menurut Jabatan Pemulihan Arizona, 517 banduan di penjara ASPC-Tucson Whetstone dijangkiti virus itu, mereka kini sedang menerima rawatan dan diasingkan di tempat lain.

"Mereka tidak akan dibenarkan kembali ke penjara sehingga benar-benar disahkan sembuh," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jumlah kes Covid-19 di AS melebihi 4.8 juta iaitu 4,802,275 pada Rabu, menurut Johns Hopkins University.

Daripada jumlah kes jangkitan di Arizona, tujuh kematian dilaporkan di penjara di negara itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.