KUALA LUMPUR, 1 DIS: Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin akan mewakili Malaysia dalam Persidangan Kaherah Peringkat Menteri untuk Mempertingkatkan Respons Kemanusiaan di Gaza “Setahun Selepas Bencana Kemanusiaan di Gaza: Keperluan Yang Mendesak, Penyelesaian Berkekalan”, yang dijadual berlangsung pada 2 Dis di Kaherah, Mesir.