AGENDA

Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

5 Dis 2024, 7:17 AM
Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang
Daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 5 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda dua daerah di negeri ini iaitu Kuala Selangor dan Hulu Selangor hingga 6 petang.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Pulau Pinang, melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawa, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.