KUALA LUMPUR, 26 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan dan transformasi yang dipacu oleh visi kemajuan bersama, kemakmuran, dan keadilan.
JOHOR BAHRU, 26 FEB: Tiga pekerja asing ditemukan lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai hanyut dan terdampar di Pantai Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini semalam.
SHAH ALAM, 25 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyasarkan pendapatan untuk keseluruhan kumpulan sebanyak RM8 bilion menjelang 2028.
KOTA BHARU, 26 FEB: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan seludup 14,500 pokok durian jenis 'black thorn', laici serta longan selepas menahan sebuah lori di Kampung Parit Air, Rantau Panjang pada Isnin.
GEORGE TOWN, 26 FEB: Polis berjaya menumpaskan geng kes pecah rumah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Oleh Danial Dzulkifly SHAH ALAM, 26 FEB: Penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025 memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab ekonomi Malaysia dan pintu gerbang Asean. EXCO pelaburan berkata SIBS yang dijadualkan 8 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala...
IPOH, 26 FEB: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berkenaan satu video tular di media sosial membabitkan kejadian ragut di kawasan sekitar Simpang Pulai hari ini.
KUALA LUMPUR, 26 FEB: Usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan lori, isu penyakit kerap dituntut dalam insurans perubatan dan trend kematian kanak-kanak di pusat asuhan antara tumpuan utama Dewan Rakyat, hari ini.
SHAH ALAM, 26 FEB: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.
SHAH ALAM, 26 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lima lokasi hari ini.
SHAH ALAM, 25 FEB: Selangor memperuntuk RM6 juta untuk meneruskan pemberian tunai RM1,000 kepada jemaah haji pada tahun ini.
KUANTAN, 25 FEB: Seorang penolong jurutera kanan di sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 48 pertuduhan menerima wang berjumlah RM270,400 yang berkaitan dengan kerja rasminya pada 2019 sehingga 2022.
SHAH ALAM, 25 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang.
SHAH ALAM, 25 FEB: Selangor akan mengeluarkan garis panduan untuk mempermudah pendaftaran taska di negeri ini pada Julai depan.
KUALA LUMPUR, 23 FEB:Polis membuka 15 kertas siasatan membabitkan nilai kerugian RM638,205 berhubung kes penipuan program pelaburan saham yang didalangi individu bergelar "Datuk".
SHAH ALAM, 23 FEB: Malam Mahabbah Selangor sempena Festival Turath Islami Selangor di masjid negeri di sini, malam ini berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 1,000 individu.
IPOH, 23 FEB: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
SHAH ALAM, 23 FEB: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning merangkul juara sulung kejohanan e-sukan Selangor Future Cup 2025, selepas menewaskan SMK Saujana Utama, Kuala Selangor .
BEIJING, 23 FEB: Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Sabtu mengumumkan senarai 11 acara sukan elektronik (e-sukan) yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-20 di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026, lapor Xinhua.
SHAH ALAM, 23 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 11 malam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.