ad
EXCO

Hampir 20,000 kunjungi Muzium Sultan Alam Shah sejak dibuka 8 Februari

26 Feb 2025, 4:28 AM
Hampir 20,000 kunjungi Muzium Sultan Alam Shah sejak dibuka 8 Februari
Hampir 20,000 kunjungi Muzium Sultan Alam Shah sejak dibuka 8 Februari
Hampir 20,000 kunjungi Muzium Sultan Alam Shah sejak dibuka 8 Februari
Hampir 20,000 kunjungi Muzium Sultan Alam Shah sejak dibuka 8 Februari
Hampir 20,000 kunjungi Muzium Sultan Alam Shah sejak dibuka 8 Februari

SHAH ALAM, 26 FEB: Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14 di sini, dikunjungi hampir 20,000 pengunjung sejak dibuka pada 8 Februari lalu.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah berkata muzium yang mempamerkan lebih 1,000 artifak itu merekod jumlah kehadiran 15,000 pengunjung ketika cuti sekolah baru-baru ini.

"Sepanjang lapan hari cuti sekolah sahaja, hampir 15,000 pengunjung hadir. Saya jemput semua hadir ke muzium terutama hujung minggu kerana banyak peninggalan sejarah dipamer yang baik kepada generasi muda,"katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Kajang David Cheong yang ingin tahu jumlah pengunjung Muzium Sultan Alam Shah dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Bangunan muzium dibina atas tanah seluas 12.95 hektar dibuka pada 1989 sebelum ditutup sejak 2019 bagi kerja naik taraf. Dibuka semula pada 8 Februari lalu, muzium dikendali Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT) itu menempatkan Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan dan Galeri Alam Semula Jadi.

Sementara itu, Borhan turut memaklumkan sebanyak 120 tapak telah dimasukkan dalam senarai tapak warisan yang dikategorikan antaranya tapak warisan dan senarai inventori Jabatan Warisan Negara.

"Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui PADAT dalam usaha membaik pulih Istana Bandar di Kuala Langat dan bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO.

"Selain itu, PADAT turut menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan konservasi tapak-tapak bersejarah di Selangor antaranya di tapak pemakaman Batu Aceh, Kampung Lubuk Jaya Kuala Selangor,"ujarnya.

[caption id="attachment_689040" align="aligncenter" width="700"] Pengunjung melihat replika rangka binatang purba di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_689043" align="aligncenter" width="700"] Meriam ekor lotong, senjata tradisional yang diguna secara meluas pasukan tentera Melayu sekitar tahun 1838, antara dipamer. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_689036" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah (kanan) melawat ruang pameran Muzium Sultan Alam di Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.[/caption]

[caption id="attachment_689038" align="aligncenter" width="700"] EXCO Kebudayaan Dato’ Borhan Aman Shah (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Muzium Sultan Alam Shah Rozzana Rahmat (kiri) melawat ruang pameran Muzium Sultan Alam Shah pada 20 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.