SERDANG, 1 OGOS: Anggota polis berpangkat Sarjan ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pecah masuk stor ekshibit Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat lalu, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Juara Sukan SEA acara 400 meter (m) lelaki, Umar Osman meneruskan kecemerlangan dengan memperbaharui rekod kebangsaan miliknya di Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, hari ini.
Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR TANJONG KARANG, 1 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang bertekad menjadi suara sekali gus membela nasib golongan pesawah di kawasan tersebut. Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata, isu peningkatan kos pengeluaran padi yang...
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak warga Kuantan untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang berlangsung esok di Dewan Ibnu Khaldun Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di bandar raya itu.
SHAH ALAM, 31 JULAI: Tawaran Kita Selangor Lima Tekad Untuk Lima Tahun Kegemilangan Selangor memuatkan pelbagai bentuk bantuan dan perancangan bagi membangunkan negeri demi keselesaan rakyat.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Skuad Harimau Malaya bakal berdepan ujian getir apabila dijadual menentang dua pasukan di kedudukan ranking 100 terbaik dunia iaitu Syria dan China pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), September ini.
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Pemberian nombor akaun bank semata-mata tidak mempunyai elemen risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Oleh Fitri Hazim Hazam SEMENYIH, 31 JULAI: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih komited menyelesaikan isu kesesakan lalu lintas jika diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN). Wan Zulaika Anua, 49, berkata kesesakan membabitkan jalan dari Eco Hill...
KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Penduduk Malaysia dijangka bertambah 2.1 peratus pada 2023, diterajui oleh migrasi antarabangsa, data rasmi menunjukkan Isnin.
SHAH ALAM, 31 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Pertandingan Akhir Acara Jatuh Piring Jemputan dan Formasi di Kem Terendak, Melaka semalam.
KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling, melakar sejarah apabila menamatkan penantian 38 tahun untuk meraih pingat emas pertama Malaysia, pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China hari ini.
KOTA KINABALU, 30 JULAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, di sini Rabu lalu, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan.
SHAH ALAM, 30 JULAI: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin menasihati pengundi di negeri ini supaya membuat pilihan bijak memilih calon daripada parti sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baharu akan diumum selepas pilihan raya negeri (PRN) yang sedang berlangsung di enam negeri selesai.
KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM50 juta bagi memperluas konsep Rahmah yang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
SUNGAI PETANI, 30 JULAI: Sebanyak 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 telah mendaftar untuk ulangan peperiksaan itu tahun ini.
SHAH ALAM, 30 Julai: Polis Selangor mengeluarkan 74 permit seluruh negeri bagi mengadakan kempen serta ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat semalam.
IPOH, 30 JULAI: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut semalam, ditemukan meninggal dunia.
Oleh DIANA ABD WAHAB GOMBAK, 30 JULAI: Isu kesesakan lalu lintas antara fokus Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat di kawasan itu. Anfaal Saari berkata kesesakan membabitkan jarak lapan kilometer bermula dari...
Oleh Siti Rohaizah Zainal dan Sofia Nasir SUNGAI BULOH, 29 JULAI: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras yakin mempertahankan kerusi kawasan itu dalam pilihan raya negeri berdasarkan rekod cemerlang Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah Selangor. Mohd Khairudin Othman yang juga...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.