ad
AGENDA

Atlet wushu raih emas di Universiade, tamat kemarau 38 tahun

30 Jul 2023, 3:23 PM
Atlet wushu raih emas di Universiade, tamat kemarau 38 tahun

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Atlet wushu Tammy Tan Hui Ling, melakar sejarah apabila menamatkan penantian 38 tahun untuk meraih pingat emas pertama Malaysia, pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China hari ini.

Tammy, yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 pada Khamis lepas, mengungguli acara Qiangshu wanita, selepas mencatat 9.613 mata pada saingan di Chengbei Gymnasium.

Wakil Macau, Weng Ian Wong (9.593) dan Lydia Sham Hui Yu (9.583) dari Hong Kong, masing-masing meraih perak dan gangsa acara itu, menurut laman web rasmi temasya.

“Tammy menamatkan igauan hampir 38 tahun pingat emas untuk Malaysia sejak penyertaan di Universiade Kobe, Jepun 1985,” menurut catatan di Facebook Sukan IPT (Institut Pengajian Tinggi).

Sebelum ini, kem wushu menghadiahkan dua gangsa di Chengdu menerusi Mandy Cebelle Chen dan Calvin Lee Wai Leong, masing-masing menerusi acara Tajiquan wanita dan Nangun lelaki.

Pencapaian terbaik Malaysia sebelum ini ialah kejayaan membawa pulang tiga perak dan empat gangsa daripada edisi 2017 di Taiwan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.