AGENDA

Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin ditemukan meninggal dunia

30 Jul 2023, 8:46 AM
Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin ditemukan meninggal dunia

IPOH, 30 JULAI: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut semalam, ditemukan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa ditemui nelayan pada 8.20 pagi tadi.

"Mangsa ditemui kira-kira dua batu nautika berhampiran Tanjung Hantu dari lokasi dipercayai hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat pada jam 9 pagi, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.19 petang semalam selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari kehilangannya kira-kira 1 tengah hari.

Operasi SAR dimulakan sejurus selepas itu dan ditangguhkan pada 6.30 petang, namun katanya pencarian dimulakan semula malam tadi susulan maklumat baharu diterima pihaknya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.