ad
ADN

Pak Ya tekad bela nasib pesawah di DUN Permatang

1 Ogos 2023, 4:14 AM
Pak Ya tekad bela nasib pesawah di DUN Permatang

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

TANJONG KARANG, 1 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang bertekad menjadi suara sekali gus membela nasib golongan pesawah di kawasan tersebut.

Mohd Yahya Mat Sahri atau Pak Ya berkata, isu peningkatan kos pengeluaran padi yang menjejaskan sumber pendapatan pesawah akan dibawa ke pengetahuan Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Justeru, tiga langkah telah dikenal pasti untuk menangani kemelut yang dihadapi pesawah di DUN Permatang.

"Pak Ya akan menyarankan program pemulihan tanah pesawah yang perlu dilaksanakan demi meningkatkan produktiviti pesawah.

"Selain itu Pak Ya akan menyarankan supaya subsidi padi dan baja kepada pesawah ditingkatkan bagi meningkatkan pengeluaran padi, Pak Ya akan bawa saranan ni kepada kementerian pertanian," katanya pada sidang media di pusat gerakan HARAPAN di sini.

DUN Permatang menyaksikan pertembungan dua penjuru iaitu Pak Ya berdepan Nurul Syazwani Noh dari Perikatan Nasional (PN). Hari mengundi pilihan raya negeri ditetapkan 12 Ogos ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.