SHAH ALAM, 17 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada harga murah akan berlangsung di tiga cawangan pasar raya Segi Fresh esok.
KUALA LUMPUR, 17 NOV: Malaysia melaungkan amaran dalam perjuangan mencipta sejarah selepas bangkit merakam kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan sulung Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di sini, malam tadi.
SHAH ALAM, 17 NOV: Seorang pelajar sanggup meredah hujan dengan motosikal sejauh hampir 20 kilometer demi menghadiri Majlis Ilmu Selangor Madani di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, malam tadi.
PUTRAJAYA, 16 NOV: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan 20 projek perumahan terbengkalai diselesaikan tahun depan.
Oleh Fitri Hazim Hazam SHAH ALAM, 16 NOV: Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan meningkatkan kecekapan kerajaan merangka projek pembangunan rakyat dan membasmi kemiskinan tegar secara menyuluruh. Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia merupakan mekanisme kerajaan mengumpul maklumat sosio...
PUTRAJAYA, 16 NOV: Satu pangkalan data raya yang merekodkan dan mendaftarkan petani di Malaysia bakal diwujudkan bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Oleh AMIRUDIN SHARI Seantero dunia disergah kecamuk. Perang Ukraine belumlah selesai. Konflik di Asia Timur dan pasifik belumlah reda dan yang terkini kezaliman rejim Zionis di Timur Tengah terhadap rakyat Palestin masih berterusan. Kesemua konflik yang sedang menggelegak ini berpotensi...
KUALA LUMPUR, 16 NOV: Polis mengesahkan penemuan rangka manusia di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, dekat Subang, pada Jumaat lalu tiada unsur jenayah.
SHAH ALAM, 16 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini.
KUALA LUMPUR, 16 NOV: Perkembangan semasa berhubung hasrat kerajaan untuk menjadikan 2023 sebagai tahun menoktahkan kemiskinan tegar dijangka menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
SHAH ALAM, 16 NOV: Orang ramai dipelawa memeriahkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan sempena bulan Kitar Semula Ahad ini.
SHAH ALAM, 16 NOV: Peruntukan hampir RM100 juta dalam Belanjawan Selangor 2024 bagi pembangunan pendidikan dan bantuan persediaan pelajar diyakini memenuhi keperluan berkait isu itu di negeri ini.
SEREMBAN, 15 NOV: Seorang warga Bangladesh dihukum penjara 22 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya sehingga melahirkan anak, tiga tahun lalu.
SHAH ALAM, 15 NOV: Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpilih menerima anugerah Kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik Perbandaran 2023 pada 11 November lalu di St Regis Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 15 NOV: Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan pada aksi pembukaan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, esok.
SHAH ALAM, 15 NOV: Sebanyak 225 daripada 497 sekolah agama persendirian di Selangor melalui proses pemutihan sejak 2020 hingga September lalu.
SHAH ALAM, 15 NOV: Jumlah unit rumah siap dibina tidak terjual bagi suku kedua tahun ini mencatat penurunan 0.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR, 15 NOV: Laman sesawang www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).
SHAH ALAM, 15 NOV: Unit integriti semua jabatan dan agensi awam negeri ini diarah mengemukakan laporan berkaitan pengurusan integriti empat bulan sekali sebagai usaha membendung gejala rasuah dalam kalangan kakitangan awam.
GAZA, 15 NOV: Tentera Israel berkata ia sedang menjalankan operasi terhadap Hamas di Hospital Al Shifa di Semenanjung Gaza hari ini dan menggesa anggota kumpulan pejuang di hospital itu menyerah diri.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.