ad
AGENDA

Sistem pangkalan data utama tingkat kecekapan kerajaan, salur bantuan lebih tepat

16 Nov 2023, 7:01 AM
Sistem pangkalan data utama tingkat kecekapan kerajaan, salur bantuan lebih tepat

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 16 NOV: Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan meningkatkan kecekapan kerajaan merangka projek pembangunan rakyat dan membasmi kemiskinan tegar secara menyuluruh.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia merupakan mekanisme kerajaan mengumpul maklumat sosio ekonomi isi rumah dengan lebih berkesan sekali gus bantuan disalur kepada miskin tegar lebih tepat.

“Dengan kemajuan teknologi dan sains data yang ada sekarang ia membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat.

“Sistem ini dijangka mengguna pakai beberapa pemboleh ubah selain pendapatan seperti aset dan lokasi kediaman pada masa akan datang.

“Kita boleh dapat angka yang lebih tepat berhubung kedudukan isi rumah miskin supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Rafizi memaklumkan hasil pemutihan yang dijalankan, senarai penerima eKasih yang telah dibersihkan kini mengandungi 80,000 isi rumah.

Beliau berkata pemutihan dijalankan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) melalui semak silang secara masa nyata dengan jabatan kerajaan berkaitan serta menggabungkan data semasa di Kementerian Ekonomi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.