AGENSI

Tiga cawangan Segi Fresh adakan jualan murah barangan asas esok

17 Nov 2023, 12:38 AM

SHAH ALAM, 17 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER) pada harga murah akan berlangsung di tiga cawangan pasar raya Segi Fresh esok.

Cawangan berkenaan adalah Saujana Utama, Kuala Selangor dan Kajang dengan aneka keperluan berkualiti.

“Bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), kami bekerjasama dalam misi memberikan manfaat kepada yang memerlukan terutama golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Dapatkan barangan keperluan asas yang murah dan berkualiti di Segi Fresh,” katanya menerusi Facebook pasar raya itu.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM6.99 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25).

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.