PUTRAJAYA, 25 SEPT: Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki berpunca dari kebocoran paip kumbahan.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Lelaki dipercayai mempunyai 26 rekod jenayah ditembak mati ketika cuba ditahan polis selepas disyaki terbabit kegiatan pecah rumah.
KOTA KINABALU, 25 SEPT: Kanak-kanak dua tahun dan bayi berusia dua bulan dikhuatiri hanyut dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook, dekat Keningau, petang semalam.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Malam Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 yang berlangsung di ibu negara Ahad lalu.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Seramai 20 usahawan Selangor terpilih menyertai ekspo perdagangan, China-ASEAN Expo (CAEXPO) 2024 di Nanning, China mulai semalam hingga Sabtu ini.
Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi. Keadaan itu disumbangkan oleh data ekonomi...
SHAH ALAM, 25 SEPT: Pentadbiran negeri perlu bergerak dinamik seiring arus semasa bagi memastikan setiap kerangka dasar dapat dilaksana dan disampaikan dengan berkesan.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keprihatinan Kerajaan Madani terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan 18 Oktober ini bagi melaksanakan beberapa program khusus seperti sebelum ini.
ALOR SETAR, 25 SEPT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menunjukkan penurunan kepada 5,454 orang daripada 1,745 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 5,592 orang daripada 1,788 keluarga, malam tadi.
KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Rangka manusia dipercayai bayi ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor cadang Kerajaan Negeri mengkaji langkah memperluas perlindungan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) pada Belanjawan 2025.
SHAH ALAM, 25 SEPT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah dalam program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di empat lokasi hari ini.
KOTA BHARU, 23 SEPT: Polis menahan pemandu lori yang positif dadah methamphetamine selepas lelaki itu merempuh tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kubang Kerian di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Helaian janggut yang disimpan dalam bekas khas adalah antara barang yang dirampas polis dalam serbuan Op Global fasa empat di sebuah rumah milik pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Rawang, Sabtu lalu.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Kontinjen Selangor menduduki tangga ke tiga dengan kutipan lima emas, empat perak dan tujuh gangsa pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak hari ini.
SHAH ALAM, 23 SEPT: Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) terbuka sepanjang tahun di pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 7,174 orang setakat 8 malam ini berbanding 7,252 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dilantik Panglima Tentera Laut ke-19 hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Polis membuka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.
KUCHING, 23 SEPT: Seorang anggota tentera yang sedang menjalani latihan di kawasan hutan di Song dalam Bahagian Kapit, maut terkena tembakan dipercayai dilepaskan pemburu haram hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.