AGENSI

Kinrara, Sentosa antara empat lokasi jualan murah barangan dapur hari ini

24 Sep 2024, 11:53 PM
Kinrara, Sentosa antara empat lokasi jualan murah barangan dapur hari ini
Kinrara, Sentosa antara empat lokasi jualan murah barangan dapur hari ini

SHAH ALAM, 25 SEPT: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan dapur murah dalam program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di empat lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berakhir 12 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut empat lokasi jualan murah hari ini:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh, tahun ini. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.