AGENDA

Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 7,174 orang takat 8 malam ini

23 Sep 2024, 1:35 PM
Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 7,174 orang takat 8 malam ini

KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 7,174 orang setakat 8 malam ini berbanding 7,252 petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa daripada 2,310 keluarga itu kini ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,943 orang diikuti Pendang (1,606), Kubang Pasu (552) dan Pokok Sena 73 orang.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR masih kekal berada pada paras bahaya.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang setakat 8 malam ini dan mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian.

Menurut JPS, Sungai Perak di Teluk Sena dalam daerah Perak Tengah berada pada tahap bahaya dengan paras air setinggi 13.18 meter.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.