SHAH ALAM, 2 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.
SHAH ALAM, 2 OKT: Pasangan kekasih warga tempatan ditahan dipercayai terbabit sindiket pengedaran dadah jenis ganja bernilai RM38,068 dalam serbuan berasingan di Petaling Jaya pada 26 September lalu.
ALOR SETAR, 2 OKT: Banjir di Kedah semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 117 orang daripada 34 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 633 orang daripada 212 keluarga, pagi tadi.
SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menambah baik kemudahan infrastruktur pelancongan dalam kawasannya sepanjang tahun ini sebagai persediaan Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.
SHAH ALAM, 2 OKT: Fenomena air pasang besar di Selangor dijangka mencatat bacaan paras air laut 5.8 meter, tertinggi bagi tahun ini.
PETALING JAYA, 2 OKT: Selangor FC mahu menjadikan kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai inspirasi ketika bersiap sedia menentang kelab Filipina Dynamic Herb Cebu FC dalam perlawanan kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2 (ACL 2) 2024/25 di sini esok.
PUTRAJAYA, 1 OKT: Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar di Beirut sedang melaksanakan proses evakuasi 15 rakyat Malaysia bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing di negara itu.
SHAH ALAM, 1 OKT: Langkah mengguna pakai naratif bersesuaian dan keberanian melaksanakan beberapa keputusan sukar menyumbang kepada peningkatan ringgit untuk muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dunia berbanding dolar AS, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
SUBANG, 1 OKT: Penganjuran kejohanan bola sepak bawah 12 tahun Piala Raja Muda Selangor 2024 buat julung kalinya membabitkan penyertaan sekolah dari semua daerah di negeri itu bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
KUALA LUMPUR, 1 OKT: Jumlah mangsa banjir yang melanda tiga daerah di Kedah menurun daripada 1,148 orang petang tadi kepada 840 orang setakat 8 malam ini dan semuanya ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
PUTRAJAYA, 1 OKT: Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu mengesahkan semua pelancong Malaysia yang terjejas akibat tanah runtuh dan banjir di Nepal selamat dipindahkan ke Kathmandu.
SHAH ALAM, 1 OKT: Selangor menyahut cabaran kerajaan untuk memulakan rancangan ekonomi dengan impian besar sekali gus menjayakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
SHAH ALAM, 1 OKT: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) disifatkan pelan ekonomi penting ke arah permulaan negara mencapai status negara maju.
KAJANG, 1 OKT: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menaik taraf aplikasi MyJPJ susulan permintaan tinggi pengguna bagi pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B bermula hari ini.
KLANG, 1 OKT: Isteri boleh membawa pernikahan di luar negara atau secara sindiket ke mahkamah syariah walaupun suami tidak bersetuju atau enggan melakukannya.
SHAH ALAM, 1 OKT: Lebih lapan tan sampah dikutip Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Kampung Fajar, Hulu Kelang dan Taman Bukit Indah Fasa 2 baru-baru ini.
PUTRAJAYA, 1 OKT: Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan secara berhemah dan munasabah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PUTRAJAYA, 1 OKT: Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilantik Ketua Pengarah Jakim yang baharu berkuat kuasa hari ini.
KUALA LUMPUR, 1 OKT: Rakaman video yang tular menunjukkan seorang individu melepaskan tembakan di kawasan awam di Subang Jaya dekat sini adalah operasi menembak gagak yang dianjurkan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata operasi yang...
KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memulakan siasatan terhadap dakwaan unsur buruh paksa dilakukan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) terhadap pekerjanya.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.