ad
AGENDA

Selangor sahut cabaran jayakan bersama RMK-13, sasar jadi pemain utama serantau

1 Okt 2024, 1:10 PM
Selangor sahut cabaran jayakan bersama RMK-13, sasar jadi pemain utama serantau
Selangor sahut cabaran jayakan bersama RMK-13, sasar jadi pemain utama serantau
Selangor sahut cabaran jayakan bersama RMK-13, sasar jadi pemain utama serantau
Selangor sahut cabaran jayakan bersama RMK-13, sasar jadi pemain utama serantau
Selangor sahut cabaran jayakan bersama RMK-13, sasar jadi pemain utama serantau

SHAH ALAM, 1 OKT: Selangor menyahut cabaran kerajaan untuk memulakan rancangan ekonomi dengan impian besar sekali gus menjayakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bagaimanapun dijangka berdepan pelbagai cabaran termasuk penggunaan teknologi semasa dan isu sosioekonomi.

“Kerajaan Negeri sambut baik kerana kita ingin cabar diri kita, bukan hanya jaguh kampung, sebaliknya menjadi pemain utama serantau. Kita perlu ada cita-cita besar dari segi prestasi yang telah ditetapkan.

[caption id="attachment_665906" align="alignleft" width="500"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bersama Kerajaan Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 1 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Justeru kita juga perlu sedar dan memahami apakah cabaran besar yang perlu kita hadapi. Ada beberapa perkara antaranya kemampuan untuk beradaptasi dengan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sesi Libat Urus RMK-13 Bersama Kerajaan Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Ekonomi itu disempurnakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, wakil rakyat, agensi Kerajaan Negeri, pemimpin masyarakat serta pemegang taruh.

Terdahulu, Rafizi dalam ucapannya mencabar Selangor dan negeri lain untuk memulakan rancangan ekonomi dengan impian besar sekali gus menyokong usaha kerajaan menjayakan RMK-13.

Dalam pada itu, Amirudin menambah, ketidaktentuan geopolitik dunia merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi untuk terus bertahan selain isu negara menua dan perubahan mentaliti masyarakat.

[caption id="attachment_665907" align="aligncenter" width="1060"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bersama Kerajaan Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 1 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Inilah perkara yang perlu dilihat, dan ini tidak akan terhasil tanpa kestabilan politik, perpaduan tanpa rasa kecurigaan. Sebaliknya dengan keyakinan akal, kemampuan ikhtisas serta merit yang melayakkan kita,” katanya.

Selangor negeri pertama dalam siri jelajah Sesi Libat Urus RMK-13 bermula Oktober, yang bertujuan mengumpulkan idea kreatif daripada semua golongan masyarakat.

RMK-13 dijangka siap dalam tempoh enam ke tujuh bulan, sebelum dibentangkan di Parlimen pada Julai 2025.

[caption id="attachment_665908" align="aligncenter" width="1133"] Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada sesi dialog ketika Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bersama Kerajaan Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 1 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_665901" align="aligncenter" width="1135"] Peserta Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bersama Kerajaan Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 1 Oktober 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.