AGENDA

Sepang, Petaling antara tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

2 Okt 2024, 10:57 AM
Sepang, Petaling antara tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam
Sepang, Petaling antara tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 2 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.

Hujan lebat, angin kencang disertai ribut petir juga diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_666052" align="aligncenter" width="958"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]