KLANG, 29 NOV: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) merangka beberapa projek pembangunan bagi menyediakan kemudahan untuk manfaat penduduk.
Datuk Bandar Klang Dato' Abd Hamid Hussain berkata antara projek dirancang termasuk pembangunan taman rakyat bagi memenuhi keperluan rekreasi penduduk.
Beliau berkata, pembangunan taman berkenaan dijangka memberi kemudahan kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti rekreasi.
Selain itu, MBDK turut merangka kerja pembaikan dan naik taraf infrastruktur untuk kemudahan penduduk.







