Banjir Selangor: 829 mangsa masih ditempatkan di lima PPS

27 Nov 2026, 10:00 AM
Banjir Selangor: 829 mangsa masih ditempatkan di lima PPS

SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 829 mangsa banjir daripada 253 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Selangor.

Berdasarkan data portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Langat mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 788 individu daripada 241 keluarga ditempatkan di tiga PPS.

Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 755 individu daripada 233 keluarga.

Sementara itu, Dewan Orang Ramai Kampung Labohan Dagang menempatkan 17 mangsa daripada empat keluarga, manakala Balai Raya Kampung Sungai Kelambu menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

Di Kuala Selangor, seramai 41 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Batu 8 Ijok.

Satu lagi PPS di daerah berkenaan, iaitu Sekolah Rendah Agama Pasangan, masih disenaraikan sebagai dibuka namun tidak merekodkan jumlah mangsa.

Secara keseluruhan, empat mukim di kedua-dua daerah terjejas akibat banjir.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.